[TERKINI] 6 anggota bomba maut ketika operasi (11.10 malam)

Anggota keselamatan mengawal ketat kawasan di mana mayat kesemua mangsa ditempatkan. Gambar dikirimkan seorang pembaca DIMENSI.

Puchong – Enam anggota bomba terbunuh ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Lombong Taman Putra Perdana, di sini, malam ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.00 malam itu, kesemua anggota berkenaan dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras.

Kesemua mayat berjaya ditemui dan disahkan meninggal oleh pasukan perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian. – DIMENSI

 

Artikel Berkaitan