Tokushima contoh bandar global bebas sisa

Seorang sukarelawan yang menyertai program kitar semula memeriksa tong berisi barangan terpakai di Kamikatsu. Foto: Business Insider UK

Sebuah bandar kecil di barat Jepun berjaya menarik kehadiran pelawat asing selepas usahanya mengurangkan sisa buangan kepada sifar menjelang 2020 tersebar melalui YouTube.

Dokumentari bertajuk ‘How This Town Produces No Trash,’ menceritakan bagaimana bandar Kamikatsu di Wilayah Tokushima menyusun dan mengitar semula sisa kepada 34 kategori yang ditetapkan –  telah meningkat menjadi 45 – dan memiliki sistem pengumpulan sendiri.

Satu babak video tersebut mempamerkan seorang wanita tempatan berkemahiran tinggi menanggalkan penutup minuman dan label daripada botol plastik.

Video berdurasi lima minit itu telah ditonton kira-kira 540,000 kali sejak ia disiarkan komuniti YouTube dikenali Seeker Stories pada tahun 2015, dan bandar itu juga telah menerima lawatan dari majlis-majlis perbandaran dan alam sekitar lebih daripada sepuluh negara di antara April tahun lalu sehingga Januari lalu.

Seorang pelajar berusia 22 tahun di Royal University of Law and Economics di Kemboja, Hor Heang yang melawat bandar itu pada bulan Disember berkata, “Kita haruslah mencontohi amalan ini kerana masalah sisa di Kemboja kini bertambah serius di samping pembangunan ekonomi yang pesat.”

Pada 2003, Tokushima mengumumkan bahawa ia akan berhenti menghasilkan sisa yang perlu dibakar atau ditanam pada 2020. Ketika ini, bandar tersebut mengitar semula hampir 80 peratus sisa, lebih tinggi berbanding purata negara iaitu sekitar 20 peratus.

Di stesen pembuangan Hibigaya, satu-satunya pusat pengumpulan sisa di Kamikatisu, beberapa bakul ditempatkan bagi mengumpul tin keluli, tin aluminium, botol kaca coklat, penutup plastik dan pakej kertas.

Stesen ini juga penduduk boleh menggantikan barangan yang tidak lagi digunakan dan membawa pulang barangan lain yang mereka perlukan secara percuma.

“Saya akan gembira jika model Kamikatsu merebak di seluruh dunia,” kata Akira Sakano, 28, yang mengetuai organisasi persendirian Zero Waste Academy, pengendali laman pengumpulan sampah.

“Kami berharap agar usaha ini dapat mencapai matlamat bandar dan menyebarkan aktiviti ini ke kawasan yang lain pada masa yang sama,” katanya. – Japan Times

Artikel Berkaitan