Susu ‘formula bayi’ pilihan pengguna dewasa di Jepun

Permintaan menggalakkan terhadap susu formula dalam kalangan pengguna dewasa menyebabkan farmasi di Jepun menyediakan satu seksyen khas bagi produk tersebut. Foto: Mikiharu Sugiura

JEPUN – Jika sebelum ini susu tepung atau susu formula sering dikaitkan dengan bayi, kini golongan dewasa juga berpeluang menikmati susu tersebut yang dicipta untuk mereka.

Penyelidik industri tenusu Jepun berkata, susu tersebut mensasarkan pengguna pertengahan umur dan golongan emas yang ingin mencari kaedah mudah mendapatkan nutrien seimbang bagi mengekalkan tahap kesihatan mereka.

Langkah tersebut dimulakan Kyushin Pharmaceutical Co., yang mengeluarkan susu tepung untuk golongan dewasa pada bulan April 2014. Sekotak susu yang berperisa yogurt boleh didapati dengan harga 1,600 yen (RM58) tidak termasuk cukai.

Setiap sachet mengandungi 9.5 grams serbuk susu, yang jika dilarutkan dalam 100 mililiter air dapat memberikan dua kali protein, kalsium, dan menyamai empat kali asid folik yang terdapat dalam sayur bayam.

Kyushin mula membangunkan produk berkenaan sekitar tahun 2010, selepas mendapat saranan pengguna yang menginginkan produk berasaskan susu bagi menghalang osteoporosis, tetapi dalam masa sama tidak gemar dengan cara tindak balas yang dihasilkan perut setelah meminum produk susu sedia ada.

“Kyushin menjangkakan penambahan penghantaran tahunan sebanyak 600,000 beg pada tahun 2017, hampir empat kali ganda berbanding tahun fiskal 2014.

“Permintaan tinggi melebihi pengeluaran,” kata jurucakap syarikat terbabit yang kagum kerana mereka tidak mengiklankan pruduk tenusu itu secara khusus.

Sebuah lagi syarikat, Morinaga Milk Industry.Co turut mengikuti jejak langkah syarikat tersebut apabila mengeluarkan Milk Life pada Oktober 2016. Satu tin mengandungi 360 gram dengan harga 3670 yen termasuk cukai.

Syarikat itu membangunkan Milk Life bagi menstabilkan pengambilan nutrisi kepada golongan dewasa ekoran maklum balas diterima daripada pengguna yang minum susu formula bayi yang percaya ia bagus untuk kesihatan mereka.

“Dari segi jualan, produk yang didatangkan dengan perisa susu skim itu, meningkat lebih lima kali ganda sejak ia dipasarkan. Jualan untuk tempoh semasa adalah 30 peratus melebihi ramalan awal,” jelas pegawai Morinaga.

Terbaru, Bean Stalk Snow Co. turut mengeluarkan Platinum Milk. Setiap tin mengandungi 300 gram produk berperisa susu boleh dibeli pada harga 2,400 yen (RM87), tidak termasuk cukai. – The Asahi Shimbun.

Artikel Berkaitan