Anak perempuan 24 tahun hilang ditemukan

Wang Mingqing (kiri), kembali bersatu dengan anak perempuannya ,Kang Ying (dua dari kanan) selepas 24 tahun berusaha mencari kanak-kanak tersebut. Foto: China Daily

Seorang pemandu teksi di wilayah Sichuan, Barat Daya China akhirnya menemui anak perempuannya yang hilang selepas pencarian selama 24 tahun.

Wang Mingqing menerima data perbandingan DNA dari polis pagi itu dan yakin bahawa anak perempuannya, Wang Qifeng, yang hilang 24 tahun lalu, kini tinggal di bandar Panshi, wilayah timur laut China, Jilin.

Anak perempuannya hilang pada 8 Januari 1994, ketika Wang Mingqing, menganggap anaknya sedang bermain ketika dia dan isterinya sibuk melayan pelanggan di kedai buah mereka di kota Chengdu.Pada waktu itu, Wang Qifeng berusia kurang dari 4 tahun.

Wang dan isterinya mencari anak perempuan mereka setiap hari sehingga pukul 1 pagi. Mereka juga bertanya kepada orang ramai sama ada mereka ada terlihat anak perempuannya. Ketika pulang ke rumah, pasangan tersebut tidak dapat menahan sebak apabila melihat pakaian anak perempuan mereka.

Pelbagai cara digunakan Wong untuk mencari anak perempuannya itu.

Dia juga telah pergi ke balai polis tempatan dan organisasi kebajikan kanak-kanak untuk menjejaki kanak-kanak tersebut. Selain itu, dia juga memeriksa nama anak perempuannya di laman web yang menyenaraikan nama orang hilang di China selain mencatatkan maklumat anak perempuannya dalam akhbar.

Pada tahun 2015, Wang mula memandu untuk Didi Chuxing, syarikat yang membekalkan servis pemandu kereta terbesar di China dan menemui jalan lain untuk pencariannya.

“Saya dapat bertemu penumpang dari pelbagai tempat di China, dan saya boleh meminta mereka membantu mencari anak perempuan saya,” kata Wang.

Wang memberikan hampir setiap penumpang kad yang mengandungi maklumat dan gambar anak perempuannya serta meminta mereka untuk menyebarkan maklumat tersebut melalui aplikasi pesanan segera WeChat.

“Saya telah menerima 4,839 permintaan penumpang sejak saya menjadi pemandu di syarikat ini, tetapi sejak dua tahun yang lalu, saya selalu menunggu seorang penumpang iaitu anak perempuan saya yang hilang,” kata Wang.

Artikel Berkaitan