Rawat tisu rosak dengan pelekat OLED

Prototaip pelekat OLED yang dibangungkan penyelidik Korea. Foto: KAIST & Seoul National University Bundang Hospital (National Research Foundation of Korea)

Sekumpulan penyelidik Korea Selatan berjaya mencipta sejenis penampal luka menggunakan diod pancaran cahaya organik (OLED) yang dapat memulihkan tisu rosak dan mengurangkan keradangan.

Kumpulan tersebut yang diketuai Jeon Yong-min dari Institut Sains dan Teknologi Termaju Korea (KAIST) dan Choi Hye-ryung (Seoul University Bundang) menampilkan reka bentuk mudah alih dan boleh ditampal pada kulit, sekaligus memberikan keselesaan kepada pesakit.

Menurut Jeon, alat penampal luka tersebut menyembuhkan luka dengan merangsang percambahan fibroblast, iaitu sejenis sel dermal yang memainkan peranan utama dalam proses penyembuhan luka.

“Kajian yang dijalankan mendapati terapi menggunakan OLED dapat mempercepatkan penyembuhan luka melalui terapi cahaya,” katanya melalui Yayasan Penyelidikan Kebangsaan Korea.Mengulas lanjut, jeon berkata, ciri pengawalan cahaya yang terdapat pada pelekat tersebut juga dapat memperluas penggunaan produk berkenaan bagi merawat pelbagai masalah penyakit kulit seperti kanser, Alzheimer dan kemurungan.

Penyelidikan tersebut ditaja Program Sokongan Penyelidikan Asas yang diketuai oleh Kementerian Sains dan ICT Korea. – Korea Herald

Artikel Berkaitan