Penyokong yakin Kedah kekal juara Piala Malaysia

HARAPAN... Kemahiran tinggi dimiliki Liridon Krasniqi (tengah) bakal menentukan kejayaan pasukan Kedah dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Penyokong Hijau Kuning yakin pasukan gergasi utara itu mampu mengulangi kejayaan merangkul Piala Malaysia yang dimenangi musim lepas.

Penyelaras Kelab Penyokong Lang Merah, Ahmad Mazlan berkata pihaknya mengharapkan Kedah mampu mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu kerana ianya dapat menjadi suatu kebangaan buat Negeri Kedah.

Di samping itu, untuk menyemarakkan lagi semangat kesukanan, ahli kelabnya seramai 40 orang bakal menghadirkan diri di Stadium Shah Alam dan turut memberi sokongan yang hebat buat pemain pemainnya.

“Kami berharap pasukan Kedah bakal berjuang berhabis-habisan. Malah kami menjangkakan Kedah akan menang 2-1 dengan pasukan lawan JDT,” kata Ahmad Mazlan

Kehangatan perlawanan ini juga turut dirasai oleh penyokong Kedah yang bermastautin di Bandaraya Shah Alam.

Adil Alimi, 21, menyuarakan rasa terujanya untuk menyaksikan Hijau Kuning menentang JDT

“Bagi saya ianya sangat membanggakan kerana saya melihat pasukan jelapang padi ini telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan kejuaraan mereka pada musim lalu,” katanya.

Selain itu, penyokong Kedah, Mohammad Azriq, 24, yang menetap di Shah Alam selama lima tahun juga berasa gembira apabila mengetahui Kedah layak ke Piala Malaysia.

“Walaupun saya sudah lama tinggal di Shah Alam, ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus menyokong negeri kelahiran saya untuk terus mengungguli piala itu kembali.

Bagi Muizz Shahidan, 23, pula berkata Kedah pasti akan kembali muncul juara kerana mereka mempunyai ramai pemain terbaik.

“Perlawanan ini sangat menarik kerana saya melihat JDT mempunyai barisan pemain yang berpengalaman dan berkualiti. Namun dengan taktik hantaran pendek mampu menumbangkan lawan nanti.

“Melihat prestasi pemain Kedah pada Liga Super sehingga Piala Malaysia, saya rasa mereka tidak akan mempunyai masalah untuk menggegar gawang JDT serta memberikan persaingan yang sengit.

 

Artikel Berkaitan