Hotel tawar sewaan ikan temani tetamu kesunyian

Imej seekor ikan emas yang dimuatnaik oleh Michelle Cooke yang menjadi tular di laman sosial. Gambar: Michelle Cooke/Twitter

BELGIUM- Sebuah hotel di Belgium telah menarik perhatian orang ramai selepas menawarkan perkhidmatan sewaan ikan untuk tetamu yang kesunyian. Ikan tersebut berharga RM17.50 satu malam.

Hotel Charleroi Airport di Gosselies, berhampiran Lapangan Terbang Brussels South Cherleroi adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang mengenakan kadar sewaan bermula RM344.00.

Pendekatan diperkenalkan hotel itu telah menarik perhatian pengguna media sosial apabila seorang penyampai radio, Michelle Cook memuat naik gambar ikan tersebut ke dalam aplikasi Twitternya mengenai program tersebut.

Michelle menyatakan “rakan saya telah menginap di salah sebuah hotel di Belgium. Hotel itu telah menawarkannya perkhidmatan sewaan ikan untuk satu malam, sekiranya dia kesunyian.”

Kenyataan Michelle telah menjadi tular di laman sosial tersebut dan menerima telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Sesetengah pihak bersetuju dan memberi sokongan sehingga ada yang ingin menempah untuk menginap di hotel tersebut.

Tidak kurang juga yang membangkang dengan menyatakan bahawa perkhidmatan ini adalah satu penyeksaan terhadap haiwan.

Pengurus hotel, David Dillen memberitahu akhbar The Independent bahawa perkhidmatan sewaan ikan telah berjalan selama beberapa tahun dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pengunjung.

Dillen berkata, “Idea ini adalah satu kejutan buat tetamu kami agar mereka berasa selesa sepanjang menginap di hotel kami.”

“Kami berasa teruja dengan reaksi yang diberikan oleh masyarakat apabila melihat mereka tersenyum dan memuat naik gambar ikan tersebut. Disebabkan respon positif yang kami terima, kami telah menyewakan ikan ini hampir setiap minggu,” katanya lagi.

Dillen bukan sahaja mengambil berat akan kekejaman haiwan bahkan dia menjelaskan bahawa ikan-ikan tersebut dijaga dengan baik. Dillen membuktikan bahawa ikan tersebut bertahan selama empat tahun.

“Jika ikan itu tidak dijaga dengan baik mereka sudah pasti mati.

“Bukan itu sahaja, ikan tersebut sebenarnya mempunyai tangki yang besar dengan kelengkapan oksigen dan tumbuh tumbuhan.

“Jika ikan-ikan ini memerlukan penjagaan yang lebih kami memindahkan mereka di dalam tangki tersebut selama beberapa hari,” katanya lagi. -The independent

Artikel Berkaitan