PKNS santuni penghuni rumah kebajikan

Sumber: Selangorkini

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyantuni hampir 1,000 kakitangannya, badan kebajikan dan pusat pengajian tahfiz dengan sumbangan keseluruhan RM110,000.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Noraida Mohd Yusof berkata, inisiatif itu adalah kesinambungan tradisi bagi memenuhi keperluan hospital membantu pesakit beragama Islam.

“Majlis ini juga bertujuan merapatkan jalinan ukhuwah sesama anggota PKNS kerana kita semua sudah menjadi keluarga besar di samping meraikan insan kurang bernasib baik,” katanya.

Dalam majlis itu, RM50,000 wang zakat diserahkan kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Hospital Sungai Buloh, selain sumbangan RM60,000 kepada enam organisasi lain dengan masing-masing menerima RM10,000.

Organisasi berkenaan adalah Rumah Kasih Pertiwi Sungai Buloh, Maahad Tahfiz Pekan Sungai Buloh, Maahad Tahfiz Al-Gontory Kuala Selangor, MyCare Humanitarian Care Malaysia, Pusat Jagaan Nur Hasanah Beranang dan Majlis Kanser Negara (Makna).

DSC_4115-1024x680“Anak yatim dalam kalangan anak kakitangan PKNS dan anak yatim Rumah Kasih Pertiwi turut diraikan dengan pemberian sumbangan Hari Raya Aidilfitri setiap seorang berjumlah RM300.

“Mereka turut menerima sepersalinan lengkap baju raya rona hijau yang dibeli bersama wakil PKNS, pada 5 Jun lalu,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan penampilan istimewa Imam Muda Asyraf dan Ustaz Amin Idris menerusi Bicara Ramadan bertajuk ‘Indahnya Berpuasa’ serta persembahan nasyid kumpulan Rabbani.- SELANGORKINI

Artikel Berkaitan