Ketua Pengarahnya, M. Saedon Ab. Majid berkata, selain harga yang rendah, Q’Fish yang dipasarkan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) itu turut terjamin dari segi kualiti serta kesegarannya hasil daripada penggunaan teknologi sejuk beku terkini, ‘Individual Quick Freezing’ atau IQF.

“Q’ Fish ini merupakan alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan ikan secara berterusan tanpa mengira musim pada harga rendah iaitu di bawah RM10 bagi setiap kilogram.

“Selain ikan kembung yang dijual sebanyak RM8.50 sekilogram, Q’ Fish turut meliputi pelbagai jenis ikan lain seperti selar, pelaling, selayang, cencaru, aya, tilapia dan keli,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan produk ikan itu dijual di setiap pasar tani dan Agrobazaar Kedai Rakyat di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE