UEE Rasmi Tinggalkan After School Selepas 8 Tahun

Sumber: Malaysian Digest

Memulakan perjalanan seninya atas nama anggota kumpulan After School yang muncul menerusi debut pada tahun 2009 dengan lagu bertajuk Diva.

Kini selepas lapan tahun, UEE atau nama sebenarnya Kim Yu-jin, 29 membuat keputusan meninggalkan kumpulannya itu serta agensinya Pledis Entertaiment.

“UEE akan meninggalkan After School selepas kontraknya tamat. Kami akan terus memberi sokongan satu sama lain pada masa hadapan. Ini tidak menandakan pembubaran After School,” umum agensi berkenaan menerusi satu kenyataan.

Sementara itu penyanyi juga pelakon ini menulis mesej di laman sesawang rasminya khas untuk para peminat,

“Rasanya seperti baru semalam saya memulakan kerjaya sebagai ahli After School sebagai rekrut baru, tetapi kini sudah 8 tahun. Sejak itu, ahli-ahli yang berada di sekolah tinggi telah menjadi pelajar kolej, dan tempat duduk hadapan saya juga telah berubah.

“Ketika sesi promosi, perkataan ‘tamat pengajian’ agak asing bagi saya, tetapi kini giliran saya. Masa berlalu begitu pantas. Walaupun saya tidak lagi bersama After School, saya tetap tidak akan lupa bahawa saya seorang ‘graduan’ After School, walau di mana pun saya berada.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di dalam keluarga Pledis, dan bersyukur dan memon maaf sepanjang menjadi ahli After School. Saya akan menjadi Uee yang sentiasa bersinar dan yang melakukan segala-galanya dengan kegembiraan,” tulisnya.

Bukan hanya menyanyi, UEE juga berbakat dalam lakonan. Dia dikenali menerusi drama seperti Golden Rainbow (2013), High Society (2015) Marriage Contract (2016) dan Night Light.-MALAYSIAN DIGEST

Artikel Berkaitan