UNISEL & Neraca Niaga meterai perjanjian tingkat kerjasama

Sumber: Selangorkini

SHAH ALAM: Universiti Selangor (UNISEL) dengan Neraca Niaga Sdn. Bhd (NNSB) telah menandatangai Memorandum Persefahaman (MoA) sebagai usaha meningkatkan pembangunan sistem teknologi maklumat di universiti itu.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kerjasama itu dilihat mampu meningkatkan sistem teknologi memandangkan perkembangan dunia sistem teknologi dalam sistem pendidikan semakin mendapat perhatian.

“Melihat kepada perkembangan dunia telekomunikasi dan pendidikan pada masa kini, UNISEL memikul sandaran untuk menerajui transformasi pendidikan di Malaysia.

“Justeru itu dengan adanya memorandum perjanjian ini, aspirasi UNISEL mampu dipenuhi dan kepercayaan ini bakal digalas oleh NNSB untuk memberikan yang terbaik buat UNISEL,” katanya dalam kenyataan.

unisel032Difahamkan majlis MoA di antara UNISEL dan NNSB diadakan di Bilik Mesyuarat Senat UNISEL, kampus Shah Alam, semalam.

Majlis ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman dan Pengarah Pusat Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CICT) Mohd Fariz M. Jaafar bagi mewakili UNISEL manakala di pihak NNSB diwakili Pengerusi NNSB, Prof. Dato’ Dr. Mohd Nor Husain bersama Pengarah NNSB, Mohd Isa Mohd Dom.

NNSB merupakan anak syarikat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut menyediakan perkhidmatan keperluan pengurusan serta beberapa servis lain.- SELANGORKINI

Artikel Berkaitan