Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.45 pagi ini sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kita dapat api telah marak dan memusnahkan stor berkenaan yang dianggarkan berkeluasan 845.4 meter persegi.

“Kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan kebakaran tersebut melibatkan penggunaan dua buah jentera FRT (Fire Rescue Tender) dan sebuah EMRS (Emergency Medical Rescue Services).

“Tiada mangsa dilaporkan terkorban atau cedera akibat kejadian ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azmel turut memaklumkan bahawa berdasarkan pemeriksaan awal, pihaknya mendapati kebakaran itu telah memusnahkan kira-kira 60 peratus premis stor berkenaan yang menempatkan pelbagai peralatan komputer dan tayar kenderaan yang dilupuskan oleh jabatan itu.

Bagaimanapun, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan lanjut pihaknya. – UTUSAN ONLINE