Restoran Tuuu…Dia Paktam tawar bufet ramadan pada harga terendah

Tuuu...Dia Pak Tam menyajikan bufet istimewa sempena Ramdhan tahun ini. Gambar-aldyst.blogspot

SHAH ALAM- Berbuka puasa bersama keluarga akan menjadi lebih meriah sekiranya anda berkunjung ke Restoran Tuuu…Dia Paktam yang menawarkan bufet Ramadhan dengan harga terendah sempena bulan Ramadan.

Antara juadah makanan yang terdapat di bufet ramadan Tuuu…Dia Pak Tam. Gambar- Tuuu…Dia Pak Tam.

Menurut pengurus projek restoran, Aini Shafiza, bufet Ramadan tersebut diyakini terendah kerana pada hari pertama Ramadan, pelanggan hanya perlu membayar sebanyak RM 13.90 sahaja seorang untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang disediakan.

“Pada hari kedua dan sepanjang minggu pertama bulan berkenaan harga bufet menjadi RM18.90, minggu kedua dan seterusnya RM 26.90 dan bagi kanak-kanak hanya RM 14.90.

“Terdapat lebih 75 hidangan yang boleh dinikmati pengunjung semasa berbuka puasa di  restoran kami”, jelas Aini.

Antara sajian yang disediakan adalah nasi beriani, mi rebus, mi sup, bihun sup, daging panggang, ikan bakar, ayam goreng berempah, gulai daging, masak lemak cili api, sup daging, sup perut, sup tulang sup sayur, ulam-ulaman dan roti bakar yang lembut kerana keistimewaan doh roti buatan sendiri.- DIMENSI

Artikel Berkaitan