‘Pak Cik Gemuk’ kena diet, bersenam

Keadaan monyet obesity yang digelar Pak Cik Gemuk sebelum diselamatkan di Bangkok. Gambar- Foto Viral Press

Seekor monyet yang digelar ‘Pak Cik Gemuk’ di pinggir Bangkok, diselamatkan jabatan hidupan liar Thailand kerana terlalu gemuk selepas mewah dengan makanan yang diberi pelancong menyebabkan badannya kini seberat 27.2 kilogram – tiga kali ganda berbanding berat normal monyet seusianya.

Anggota jabatan perlindungan hidupan liar Thailand menangkap monyet itu di sebuah pasar di Bangkok selepas gambar monyet berkenaan tersebar di media sosial.

“Tidak mudah untuk menangkapnya kerana dia ketua sekumpulan monyet. Kami terpaksa melawan monyet lain dengan kayu,” kata seorang anggota jabatan itu, Kacha Phukem, yang menangkap ‘Pak Cik Gemuk’ bulan lalu.

Sebagai ketua kumpulan, Pak Cik Gemuk yang berusia dianggar antara 10 hingga 15 tahun itu, mewah dengan makanan yang dibawa kepadanya oleh monyet lain.

Menurut Daily Mail, Jabatan Taman Negara dan Perlindungan Hidupan Liar Thailand menempatkan monyet itu pusatnya di Nakhon Nayok, kira-kira 160 kilometer dari Bangkok.

Selain diet, Pak Cik Gemuk juga perlu bersenam – dipaksa berlari dan bergayut bersama monyet lain bagi mengurangkan berat badannya.

“Selain untuknya, makanan yang dibawa kepadanya juga dibahagikan kepada monyet lain.

“Ia kini agak kritikal dengan risiko tinggi diserang sakit jantung serta diabetis,” kata Supakarn Kaewchot yang bertanggungjawab menjaga pemakanan monyet gemuk berkenaan.

Diet Pak Cik Gemuk kini hanya 400 gram protein, buah dan sayuran setiap hari.

Perut monyet berkenaan buncit kerana terlalu banyak makanan manis, susu kocak, jagung manis adan mi

Supakam berharap dapat melepaskan kembali Pak Cik Gemuk ke hutan beberapa bulan lagi selepas berat badannya menjadi sekitar lapan kilogra,

Menurutnya, apa yang berlaku terhadap Pak Cik Gemuk contoh terbaik kepada manusia supaya tidak memberi makanan tidak sihat, terutama minuman berkarbonat dan makanan ringan kepada monyet liar.

“Pak Cik gemuk kerana makan apa saja diberi orang. Dia tidak sakit tapi perlukan bantuan. Dia suka makan dan ramai yang memberinya makanan setiap hari,” katanya. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan