Bekerja di bawah satu bumbung bersama keluarga

Datuk Seri Hamzah Zainudin berbual bersama Ngatimah (dua dari kiri) dan anaknya Shafaruzzaman ditemani Alois Hofbauer semasa melawat kilang Nestle di Shah Alam. Gambar-THE STAR

SHAH ALAM – Bekerja bersama ahli keluarga di sebuah syarikat yang sama pastinya mengundang perasaan kurang selesa, namun tidak bagi Ngatimah Umar dan dua anaknya yang merupakan kakitangan syarikat pengeluar produk makanan itu.

Ngatimah, 55, mula bekerja di Kompleks Nestle Shah Alam sejak ia dibuka pada tahun 1980, dan disertai oleh anaknya, Shafaruzzaman Md Ilyas, sembilan tahun lepas.

Anak perempuannya Fauziah Hanim, 27, juga bekerja untuk Nestle di kilang Batu Tiga.

“Saya memilih untuk tinggal di sini kerana nilai-nilai syarikat. Ia tidak hanya mengupah kakitangan tetapi melatih dan memberikan kita prospek yang lebih baik, “katanya.

Ngatimah menyertai syarikat yang berpangkalan di Switzerland itu sebagai operator  dan kekal selama 10 tahun sebelum beliau menerima latihan dan kemudian dinaikkan pangkat kepada juruteknik.

Beliau berkata bukan sahaja dia mendapat duit yang cukup untuk menyara keluarganya, tetapi dia telah dilayan dengan baik oleh pegawai atasan beliau.

“Melihat anak-anak saya bekerja di syarikat yang sama memberikan saya  kebanggaan dan kegembiraan seperti ketika mereka makan makanan yang saya masak di rumah,” katanya.

Shafaruzzaman berkata, beliau bertekad untuk mengambil pekerjaan di Nestle Malaysia selepas meninjau kepuasan ibunya semasa bertugas.

“Saya mencuba sebanyak lima kali sebelum diterima bekerja sebagai operator. Ia adalah satu pengalaman yang hebat,” katanya.

Nestle Malaysia berbangga dengan pencapaian syarikat yang menggunakan 100 peratus tenaga kerja bagi kategori syarikat bukan pengurusan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Alois Hofbauer berkata lebih 2,000 rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks Shah Alam sahaja.

“Kami mengambil bakat terbaik dan boleh dibangunkan menjadi tenaga kerja hebat yang  dilibatkan, diperkasa dan sangat produktif, dan ini memberi kelebihan kepada kami.

“Tahun lepas, kami melabur lebih RM11 juta kepada program latihan dan pembangunan, dan komited lebih 60,000 jam untuk melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja kilang kami,” katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang melawat kilang itu semalam, kagum dengan pengeluaran dan operasinya.

“Kami akan melihat kepada penglibatan Nestle Malaysia untuk mencari cara-cara untuk menghasil dan memasarkan makanan ruji pada kos yang berpatutan, semuanya melibatkan tenaga kerja Malaysia sepenuhnya.

“Nestle Malaysia telah menunjukkan budaya tenaga kerja yang berkesan bagi pekerja Malaysia di samping memastikan kadar pengeluaran adalah tinggi dan harga yang kompetitif,” katanya, sambil menambah bahawa lebih banyak syarikat Malaysia perlu mencontohi amalan ini. – THE STAR

Artikel Berkaitan