Gotong-royong yang digerakkan Pemuda dan Puteri UMNO Shah Alam dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 itu turut disertai beberapa agensi kerajaan.

Pengerusi PIBG SMK Seksyen 9, Zulrushdi Mohamed berkata, pihaknya memberi tumpuan untuk membersihkan kawasan takungan air di sekitar Seksyen 9 sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

“Kami mengadakan program ini bertujuan untuk memastikan para pelajar terutamanya dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan bebas dari ancaman nyamuk aedes kerana Shah Alam ini antara titik panas kes demam denggi,” katanya. – UTUSAN ONLINE