Malam LoFattah

Pemenang Top Top Meletop, Fattah Amin (kanan) dan Neelofa pada Anugerah Meletop Era 2017 yang diadakan di Stadium Melewati, Shah Alam. Gambar- Harian Metro

SHAH ALAM: Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017) di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi menjadi malam gemilang buat dua selebriti popular, Fattah Amin dan Neelofa apabila masing-masing menyandang anugerah kategori utama Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita.

Fattah, 27, yang juga penyanyi dan pelakon menepati ramalan ramai apabila memenangi kategori Bintang Online MeleTOP, Fesyen MeleTOP, dan Pelakon TV MeleTOP.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 28, turut memenangi kategori Hos MeleTOP, Program MeleTOP, dan Drama MeleTOP.

Kemenangan Fattah dan Neelofa itu sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro.- HARIAN METRO

Artikel Berkaitan