Peter Chong pulang ke tanah air

Gambar Chong bersama seorang lelaki di satu lokasi yang dipercayai KLIA. Gambar- Sinar Harian

SHAH ALAM– Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Peter Chong yang didakwa hilang sejak 5 April lalu sudah ditemui hari ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya.

“Syabas @PDRMsia Kuala Lumpur. Peter Chong yang ‘hilang’ pulang dari Pattaya, tengah hari ini,” katanya.

Khalid turut memuat naik dua gambar Chong bersama seorang lelaki di satu lokasi yang dipercayai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebelum ini, Chong dikhuatiri hilang apabila tidak dapat dikesan selepas kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya, 5 April lalu.

Bekas pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa itu pada 31 Mac memuat naik status di Facebook mendakwa dia didatangi seorang lelaki aneh yang memberi amaran agar Chong berhati-hati.

Bagaimanapun, Khalid pada sidang media Rabu lalu berkata, Chong dikesan menaiki bas menyeberangi sempadan Bukit Kayu Hitam di Kedah ke Thailand, pada jam 6.30 pagi, 7 April lalu. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan