Sultan Muhammad V dimasyhur Tuanku Canselor UiTM ke-5

Sumber: Selangorkini

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-5, di sini, hari ini.

Baginda dimasyurkan dalam Istiadat Pemasyhuran Tuanku Canselor UiTM ke-5 sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-86 di UiTM Shah Alam.

Dalam titah Tuanku Canselor, Sultan Muhammad V menzahirkan kegembiraan dapat bersama warga UiTM ketika universiti itu sedang melangkah ke arah merealisasikan hasrat untuk menjadi institusi pendidikan unggul dan bertaraf dunia.

“Beta yakin UiTM peneraju utama kepada sumber modal insan Bumiputera yang menjadi momentum kepada perubahan taraf sosial dan ekonomi di Malaysia.

“Suka beta ingatkan ketika kita berasa bersyukur dengan kejayaan lampau masyarakat terus menuntut dan berharap UiTM berusaha untuk kekal menjadi institusi utama, dalam menjaga kepentingan golongan Bumiputera,” titah Seri Paduka.- SELANGORKINI

Artikel Berkaitan