Harga minyak mingguan terkini

Sumber: Mysumber.com

Berikut adalah senarai harga jualan runcit mingguan Petrol RON95, RON97 dan Diesel yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Senarai serta jadual harga jualan runcit mingguan Petrol RON95, RON97 dan Diesel disertakan ini dapat membantu pengguna membuat semakan perbandingan atau tinjauan harga terkini bagi setiap bahan api tersebut yang dijual di stesen minyak.

Bermula 29 Mac 2017, kerajaan mengumumkan harga Petrol dan Diesel secara mingguan pada setiap hari Rabu dan harga baharu itu serta merta mula berkuatkuasa jam 12.01 awal pagi hari berikutnya iaitu Khamis.

 

Harga terkini Petrol RON95, RON97 dan Diesel yang akan berkuat kuasa (efektif) bermula jam 12.01, awal pagi hari Khamis (13 April 2017) hingga tarikh 19 April 2017, jam 11.59 malam. Sumber: Mysumber.com

Harga bagi Petrol RON95 dan Diesel yang terkini, mengalami kenaikan sebanyak 0.08 sen daripada harga sebelum ini. Manakala Petrol RON97 mengalami kenaikan sebanyak 0.09 sen.

Penetapan harga minyak secara mingguan adalah bagi  menggantikan kaedah pengumuman harga Petrol dan Diesel secara bulanan yang digunapakai kerajaan sebelum ini.

Pengumuman secara mingguan dapat mengurangkan kegelisahan kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak kerana perubahan atau kadar turun naik harga tidak begitu ketara berbanding pengiraan secara bulanan berikutan tempoh pengiraan  purata kos produk petroleum yang siap diproses dan kadar tukaran wang asing menjadi semakin pendek iaitu tujuh hari, selain perubahan berperingkat.- MYSUMBER.COM 

Artikel Berkaitan