Meranti juara baru futsal lelaki

Saingan sengit di antara peserta dalam acara futsal sempena SUKOL UiTM 2017- DIMENSI

Shah Alam: Pasukan futsal lelaki kolej Kediaman Meranti muncul juara baru acara tersebut sekaligus menebus kecewaan merampas emas yang dimenangi kolej kediaman Delima tahun lepas.

Dalam pertandingan yang dilansungkan secara roundrobin itu, lima Kolej Kediaman mengambil bahagian termasuk Perindu, Delima, Teratai, dan Non-Resident (NR).

Pasukan Meranti muncul juara acara tersebut selepas mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri.

Sementara Pingat perak dimenangi Kolej Kediaman Teratai yang turutmengumpul 10 mata tetapi dibezakan dengan jumlah jaringan gol diikuti oleh Kediaman Delima dengan (4 mata) di kedudukan ke-3.

Menurut penyerang pasukan Meranti, Zulhilmi Abdurahim, kemenangan ini merupakan kejayaan sepasukan yang tidak henti-henti berusaha dan tidak berputus asa .

“Ketika kami seri dengan pasukan Teratai, kami sedar saingan kali ini akan menjadi lebih sengit dan kami harus mencari lebih banyak gol.

“Tiga gol yang dijaringkan pasukan ketika bertemu Perindu, serta dua gol ketika bertemu Delima menjadi kelebihan kepada kami dalam memburu pingat emas acara futsal,” katanya.

Zulhilmi yang juga merupakan penjaring terbanyak pasukan menganggap wira bagi pasukan Meranti dalam pertandingan ini adalah Muhammad Naim Abdul Hamid yang tidak melepaskan bolos walaupun satu gol.

“Dia bermain sangat cemerlang hari ini terutama dalam menyelamatkan gol ketika bertemu Teratai sehingga berjaya mencuri satu mata,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi acara futsal wanita, pingat emas dimenangi oleh Kolej Kediaman Melati, Kolej Kediaman Anggerik meraih pingat perak dan diikuti oleh Kolej Kediaman Seroja sebagai pemenang pingat gangsa. – DIMENSI

Artikel Berkaitan