Mesej WhatsApp tidak benar, tiada perompak berlegar di stesen petrol Shah Alam

Polis menafikan mesej amaran yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas popular Whatsapp,memberi amaran penduduk sekumpulan perompak menyamun mangsa di sebuah stesen minyak di Seksyen 7. Gambar ikhsan polis

Polis menafikan mesej amaran yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas popular Whatsapp,memberi amaran penduduk sekumpulan perompak menyamun mangsa di sebuah stesen minyak di Seksyen 7. Gambar ikhsan polis

SHAH ALAM – Pihak polis menafikan mesej amaran yang disebarkan melalui khidmat pesanan popular Whatsapp
tentang sekumpulan perompak yang menyamun mangsa di sebuah stesen minyak di Seksyen 7.

Mesej yang telah tersebar luas sejak beberapa hari lepas, mendakwa berlakunya dua rompakan di stesen minyak tersebut iaitu pada 18 dan 20 Mac.

Dalam kejadian pertama,mangsa berkata mereka didekati seorang lelaki yang bersenjatakan sebatang pisau sewaktu mengisi minyak.

Lelaki itu kemudiannya memaksa mereka untuk mengikutinya ke sebuah kereta berdekatan, dimana dua lagi rakannya yang turut bersenjata sedang menunggu.

Mangsa mendakwa mereka kemudiannya terpaksa menyerahkan telefon bimbit dan dompetnya setelah diugut akan dicederakan. Walau begitu, mereka telah dipukul sebelum perompak melarikan diri dengan kereta mereka.

Dua hari kemudian, mangsa mendakwa rakan-rakan mereka turut dirompak dengan cara yang sama di stesen minyak yang sama. Satu-satunya perbezaan adalah perompak telah menggunakan kereta yang berbeza.

Mangsa kemudian berkata mereka telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan memutuskan untuk mengedarkan mesej bagi memberi amaran kepada penduduk Shah Alam tentang kaedah rompakan yang baharu.

Ketua Polis Daerah Asst.Komisioner Shafien Mamat bagaimanapun tidak yakin.Beliau berkata pihak polis Shah Alam tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian.

“Kami tidak menerima apa-apa laporan polis dan percaya mesej itu sedang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan orang ramai.

“Kami telah pun menjalankan pemeriksaan di stesen minyak tersebut dan bercakap dengan kakitangan di sana yang mana menafikan kejadian tersebut.” kata Shafien. – NST

 

Artikel Berkaitan