Aktiviti menarik Pesta Buku Selangor 2017

Pelbagai aktiviti hebat dan menarik disediakan kepada orang ramai yang mengunjungi Pesta Buku Selangor 2017  yang akan diadakan di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) dari 30 Mac hingga 9 April 2017 ini .

Menurut kenyataan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, antara aktiviti menarik tersebut termasuklah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM500 dan diskaun sehingga 70 peratus untuk pembelian buku, novel serta majalah.

Pengunjung turut berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan novelis dan penulis buku terkenal.

Pameran dibuka bermula 10 pagi hingga sembilan malam dan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam pada Sabtu dan Ahad. – Dimensi

Artikel Berkaitan