Resolusi perkasa penyatuan bangsa

Enam resolusi yang dicapai dalam Kovensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016. Gambar - Dimensi

Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya merangka satu resolusi yang bertemakan “ Menyingkap Penjuangan Bangsa.”

Resolusi yang dicapai dalam konvesyen tiga hari itu antaranya memperkasa peranan UiTM sebagai institusi dan pemangkin transformasi kepada penyatuan bangsa Melayu.

Selain itu, antara perkara yang akan dilaksanakan adalah memartabatkan pegangan nilai-nilai murni budaya Melayu berasaskan ajaran Islam yang syumul merangkumi segenap aspek kehidupan.

Menyentuh perkara ketiga, resolusi ini menyarankan agar kerajaan memberi penekanan terhadap kelestarian sejarah asal-usul dan kelangsungan bangsa Melayu melalui pendekatan saintifik.

Kerajaan turut disarankan agar membangunkan konsep waqaf sebagai model rujukan ekonomi yang diyakini oleh masyarakat.

Sementara itu, resolusi kelima menggesa komuniti ekonomi Bumiputera mengubah pemikiran, sikap dan menerap budaya keusahawanan serta menjadi peneraju ekonomi negara.

Perkara keenam adalah agenda penyatuan bangsa Melayu harus diangkat sebagai agenda tetap nasional bagi menjamin kemakmuran semua bangsa.

Majlis penutupan konvesyen ini disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Turut menghadirkan diri adalah Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, menteri-menteri kabinet, para jemputan dan kakitangan serta pelajar-pelajar UiTM. –Dimensi

Artikel Berkaitan