PM puji video animasi ‘Firdaus 2050’

Najib (empat dari kanan) dan Idris (lima dari kanan) mendengar ucapan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Dato' Dr Hassan Said semasa majlis penutupan Konvesyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016 di Dewan Tuanku Agung Canselor (DATC). Gambar: Dimensi/ Amirahwani

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak memuji tayangan video animasi bertajuk ‘Firdaus 2050’ yang ditayangkan semasa majlis penutup Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016.

Tidak cukup hanya mencuri tumpuan orang ramai, ‘Firdaus 2050’ turut menarik perhatian Najib yang turut menyentuh mengenai video tersebut dalam ucapannya.

“‘Firdaus 2050’ boleh dijadikan sebagai satu langkah permulaan untuk keluar dari kelompok B40 supaya sosial mobiliti negara kita lebih baik daripada Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK),” katanya.

Video berdurasi tiga minit itu adalah terbitan Fakulti Filem Teater dan Animasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) hasil cetusan idea Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh.

Dalam video tersebut, menggambar kajayaan anak melayu bernama Firdaus Imtiaz, seorang tokoh perniagaan terkemuka dunia yang memiliki kekayaan dan rangkaian perniagaan di peringkat global.

Walau bagaimanapun, firdaus masih mengekalkan cara hidup yang sederhana dan berpegang teguh pada agama serta adat. –Dimensi

Artikel Berkaitan