Keindukan Melayu, Bumiputera prinsip penting perlembagaan

Perdana Menteri memberi jaminan bangsa Melayu dan Bumiputera tidak akan dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara. Gambar: Dimensi/ Amirahwani

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak berkata, keindukan bangsa Melayu dan Bumiputera merupakan prinsip penting dalam perlembagaan negara yang berteraskan agama persekutuan, bahasa rasmi serta lambang negara itu sendiri.

“Agama persekutuan merupakan agama rasmi namun bangsa lain bebas untuk menganut agama masing-masing atau dikenali sebagai freedom of religion.

“Bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai Bahasa kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain bebas digunakan secara bebas dalam negara kita.

“Lambang negara Malaysia ialah ketua negara yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong yang dipilih dikalangan sembilan raja-raja Melayu dimana sekali lagi melambangkan keindukan negara kita adalah Melayu dan Bumiputera,” jelas beliau.

Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa bertemakan Menyingkap Perjuangan Bangsa selama tiga hari bermula dari 8 hingga 10 hari ini di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) membolehkan hasrat murni beliau tercapai untuk mewujudkan bangsa yang kukuh perpaduannya.

“Kita harus utamakan semua kaum namun jangan biarkan orang Melayu dan Bumiputera ketinggalan kerana ini merupakan agenda pemerkasaan Bumiputera,” katanya ketika berucap diperasmian penutupan. –Dimensi

Artikel Berkaitan