Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016 tarik 1,500 pengunjung

SHAH ALAM 08 NOVEMBER 2016. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (kiri) beramah mesra bersama tetamu yang hadir sempena Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa "Menyingkap Perjuangan Bangsa" di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UITM Shah Alam. NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

Kira-kira 1,500 orang hadir dalam Majlis Titah Diraja dan Perasmian Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa (KNPB) 2016 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), di sini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan merasmikan majlis ini yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Prof. Emiritus Dato’ Dr Hassan Said, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dato’ Dr Ahmad Zaidee Laidin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Y.Bhg Datin Paduka Ir.Dr Siti Hamisah Tapsir dan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Prof Dr Azizul Halim Yahya.

Selain Titah Diraja majlis perasmian tersebut turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak bertajuk “Korban Hang Tuah” dan nyanyian lagu tema konvensyen “Penyatuan Bangsa Berjaya” oleh kumpulan koir, Fakulti Muzik turut dipersembahkan.

KNPB 2016 julang kali diadakan dan merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan institusi pengajian itu. –Dimensi

Artikel Berkaitan