Tips kekal sihat sepanjang Ramadhan

Gambar sekadar hiasan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat dinantikan oleh warga Malaysia khususnya yang bergama Islam. Sepanjang bulan ini, pelbagai ibadah dapat dijalankan dengan lebih tekun bagi mereka yang beragama Islam. Namun, dalam menjalani ibadah puasa, jangan abaikan kesihatan fizikal.

Berikut merupakan beberapa tips yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk golongan yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.

 

13419085_10153499262321237_3753364097159384644_n

Minum air yang mencukupi

Kepentingan air kepada tubuh memang tidak dapat disangkal. 70% kandungan badan manusia adalah terdiri daripada air. Dehidrasi adalah sangat merbahaya terutama kepada ibu hamil, memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu, gangguan kepada fungsi-fungsi badan dan banyak lagi.

Ketika berpuasa, memang sukar untuk memastikan seseorang individu itu untuk minum 2-3 liter air setiap hari. Sekiranya pengambilan air sebanyak 3 liter pada sekali waktu, ia memang sesuatu jumlah yang banyak. Namun, bagi 3 liter per hari, ia merupakan nisbah yang sangat ideal untuk badan di bulan Ramadhan ini.

Kementerian Kesihatan telah mengesyorkan agar rakyat Malaysia mengikuti pembahagian air sebanyak 8 gelas per hari dengan mengikuti langkah berikut:

Bermula dengan sebaik sahaja bangun untuk bersahur, mulakan dengan pengambilan segelas air mineral atau air kosong sebelum mengambil apa-apa hidangan. Kemudian, selepas menikmati sahur, akhiri dengan minum segelas air kosong lagi sebagai minuman yang terakhir sebelum azan subuh berkumandang.

Seterusnya iaitu selepas waktu maghrib, ambil segelas lagi air mineral sebelum dan selepas menjamah hidangan berbuka puasa. Manakala, selepas menunaikan solat Maghrib, ambil segelas air mineral lagi.

Dan bagi melengkap 3 gelas yang terakhir, individu boleh mengambil segelas air samada sebelum atau selepas Isyak, selepas solat terawih dan akhir sekali sebelum tidur.

 

13427885_10153502006126237_1233093198121686347_n

13434731_10153506612426237_3728725745301411309_n

Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Sahur dan Berbuka Puasa

Sahur merupakan perkara yang dituntut di dalam bulan puasa kerana bukan sahaja sebagai penambah stamina dan alas perut sepanjang hari berpuasa malahan ia sebagai satu konsep ibadah. Namun, penyediaan hidangan yang bagaimana harus dipraktikkan oleh individu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat?

Pertama, sediakan hidangan yang seimbang untuk sahur. Contohnya, hidangan nasi kosong bersama lauk dan sayur serta buah. Kedua, sediakan makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks nasi, roti atau oat. Jika boleh, utamakan makanan yang mengandungi tinggi serat seperti roti mil penuh.

Seterusnya, pastikan penyediaan makanan yang segar dan baru dimasak. Sekiranya makanan yang dihidangkan adalah makanan lebihan berbuka puasa, pastikan makanan itu disimpan dengan cara yang betul dan dipanaskan dengan sempurna.

Bukan sahaja perlu menjaga pemakanan ketika bersahur, individu juga perlu memastikan juadah yang diambil ketika berbuka puasa juga turut sihat. Berikut pula merupakan tips penyediaan makanan semasa berbuka puasa.

Mulakan dengan makanan yang ringan dan mudah di hadam seperti kurma, buah-buahan segar dan jus buah-buahan. Ini kerana bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada perut selepas itu. Minum air kosong yang mencukupi juga merupakan tips yang sangat bagus.

Elakkan mengambil air teh dan kopi kerana ia akan menyebabkan rasa ingin membuang air kecil dengan kerap. Minuman berkarbonat juga boleh menyebabkan perut kembung dan berangin. Selain itu, elak makanan yang pedas dan berempah juga kerana ia tidak sesuai di ambil secara terus sewaktu perut masih kosong.

Untuk info lebih lanjut, layari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dimensi

Artikel Berkaitan