Fotografi jana pendapatan sampingan

Safuan menggunakan pelbagai teknik sudut penggambaran yang menarik demi kepuasan pelanggan. Foto Laman Facebook Safuan Shafie.
Caption 3: Safuan turut membantu pelanggan dalam menyumbang idea bagi membuat gaya untuk bergambar. Foto Laman Facebook Safuan Shafie.

Safuan turut membantu pelanggan dalam menyumbang idea bagi membuat
gaya untuk bergambar. Foto Laman Facebook Safuan Shafie.

Biarpun kestabilan ekonomi Malaysia kini tidak menentu, namun ia tidak memberi kesan kepada industri fotografi yang dilihat semakin meningkat naik dan mampu berdaya saing disamping mempunyai potensi yang tinggi yang membantu menjana ekonomi.

Ramai yang tidak sedar fotografi mempunyai potensi yang besar untuk menjana pendapatan lumayan kerana permintaan khidmat jurugambar menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai individu dan organisasi.

Menyedari peluang yang ada, Muhammad Safuan Muhammad Shafie yang pada mulanya melibatkan diri dalam bidang fotografi sebagai hobi, bertukar menjadi suatu profesen sampingan yang membawa pulangan yang lumayan.

Safuan Shafie

Safuan Shafie

Sikap tidak mudah mengalah dan ringan tulang menjadi tunjang utama Safuan sehingga mampu membeli kameranya sendiri menggunakan duit yang dijana atas usahanya tanpa mengharapkan kedua ibu bapa.

Safuan mula menyedari bidang fotografi ini membolehkan dia untuk “mencetak duit” lebih bagi menampung kos pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sebelum membawa diri ke bidang fotografi secara solo dua tahun lepas, Safuan terlebih dahulu bekerja dengan abangnya sebagai jurufoto dan sering menghadiri majlis-majlis perkahwinan dan beraksi sekali dengan abangnya

Walaupun terpaksa membahagikan masa untuk belajar dan bekerja, Safuan tetap gigih dan bermotivasi tinggi untuk menjana pendapatan melalui kariernya sebagai tukang tangkap gambar.

Safuan juga tidak ketinggalan dalam membuat kerja sampingan di bulan ramadhan untuk mendapatkan duit lebih menjelang hari raya nanti.

“Dalam bulan ramadhan ini saya dapat menjana pendapatan lebih sebab ramai yang perlu perkhidmatan tukang tangkap gambar untuk mengambil gambar produk seperti tudung,

“Setakat ini, saya telah mengambil gambar untuk beberapa jenama seperti jenama Nina, Gundam dan Bararais.” ungkapnya.

Oleh kerana musim Ramadhan adalah musim yang dia mampu mengaut keuntungan berganda, Safuan menjangkakan hasil perniagaannya mampu mencecah RM500 sehingga RM1000 sebelum menjelang hari raya.

Majoriti mengambil kerja sampingan untuk mendapat duit lebih agar dapat membeli barangan yang diingini, tapi bukan untuk Safuan, dimana dia berhasrat untuk menggunakan duit hasil titik peluh sebagai pelaburan supaya bisnes fotografinya dapt dikembangkan lagi.

Walaupun penat bekerja, terutamanya di bulan Ramadhan ini, Safuan tetap berasa seronok dan berharap agar pelajar-pelajar lain dapat mengikuti jejak langkahnya dan juga merasakan keseronokan apabila dapat menjana pendapatan lebih hasil usaha sendiri – Dimensi News

Artikel Berkaitan