UiTM anjur Konvensyen dan Ekspo Jejak Bangsa Oktober depan

Gambar: The Malaysian Insider

CYBERJAYA, 10 Jun (Bernama) — Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan Konvensyen dan Ekspo Jejak Bangsa pada 25 hingga 30 Oktober bertujuan membentangkan kejayaan dan kemajuan negara dari abad ke-19 hingga kini.

Bertemakan ‘Menjejaki Perjalanan dan Perjuangan Bangsa’, prapelancaran acara yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh di sini hari ini.

Selain memperingati tokoh-tokoh gemilang yang telah berbakti menyumbang dalam pembangunan negara, konvensyen itu juga bermatlamat mempamerkan kepada masyarakat perihal kejayaan dan pencapaian kerajaan, organisasi dan syarikat korporat terutama milik Melayu dan Bumiputera sejak seabad yang lalu.

– BERNAMA

– AWANI

Artikel Berkaitan