Sentiasa patuh peraturan untuk jamin keselamatan

Polis berharap agar sentiasa mematuhi peraturan didalam serta tidak membawa sebarang senjata berbahaya ke dalam stadium.

Polis menasihati penyokong supaya mematuhi peraturan untuk menjamin keselamatan pada perlawanan akhir bola sepak piala FA 2016 antara Johor Darul Takzim menentang PKNS FC pada sabtu ini di stadium Shah Alam.

Ketua Polis Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, tindakan akan diambil sekiranya terdapat kesalahan atau membawa masuk sebarang senjata berbahaya ke dalam stadium.

Seramai 1,428 pegawai dan anggota polis akan dikerah bagi memastikan jaminan keselamtan pada perlawanan akhir tersebut.

Pihak polis juga akan dibantu seramai 150 orang anggota pegawai dari pelbagai agensi dan 140 orang anggota Majlis Bandara Shah Alam (MBSA) dalam menjaga keselatan, Shafien menambah pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pagi ini.

“Dengan kekuatan ini dapat kita bersama-sama menjamin keselamatan dalam perlawanan tersebut,” Shafien menambah.

Tiga lapisan pemeriksaan fizikal setiap penonton juga akan dilakukan pada setiap pintu masuk stadium supaya tiada sebarang benda terlarang dibawa masuk ke dalam stadium.

“Diluar sahaja terdapat dua lapisan dan akhir sekali di pintu masuk.“Kita juga akan menggunakan khidmat unit K9 iaitu unit anjing yang akan membuat pemantauan di bahagian luar stadium,” tambahnya lagi.

Shafien berharap agar dapat melihat semangat kesukanan yang tinggi dapat ditunjukkan dari kedua-dua belah penyokong.

Tambahnya lagi, beliau berharap agar perlawanan akhir ini menjadi contoh perlawanan akhir yang terbaik dari segala aspek.

Artikel Berkaitan