Keluarga cari pembantu rumah Filipina

Andrea Danocup Geronca

Orang ramai diminta membantu mengesan seorang pembantu rumah warga Filipina yang telah menghilangkan diri sejak September tahun lalu.

Andrea Danocup Geronca, 32, bekerja di bawah majikan terakhirnya selama beberapa bulan sebelum melarikan diri bersama pasport.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, DSP Zawary Mahadi berkata, Andrea telah berada di Malaysia selama lebih kurang setahun.

Menurut laporan, kali terakhir Andrea dilihat adalah di Seksyen 26.

Keluarga mangsa di Bacalod City, Filipina meminta bantuan polis Malaysia apabila tidak mendengar khabar berita daripadanya.

Polis turut bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan agensi pekerja asing  untuk mengesan Andrea namun masih gagal.

Sesiapa yang pernah melihat ataupun mempunyai maklumat mengenai Andrea boleh menghubungi IPD Shah Alam di talian 03-55202222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan