IPD Shah Alam sasar penurunan lima peratus kadar jenayah

Lapor baris pasukan polis peronda sebelum menjalankan Operasi Cegah Jenayah Khas. (Sumber gambar: IPD Shah Alam)

Sasaran lima peratus penurunan kadar jenayah yang diletakkan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam dijangka dapat dicapai melalui kerjasama semua jabatan di dalam pasukan polis di bandaraya ini.

Menurut Ketua Polis Shah Alam, ACP Shafien Mamat, bagi mencapai matlamat tersebut pihaknya akan mengadakan rondaan secara besar-besaran secara serentak melibatkan unit kereta peronda (MPV) di sekitar Shah Alam.

”Ini merupakan sebahagian daripada strategi yang dilaksanakan melaui OP Cegah Jenayah Khas yang dilancarkan baru-baru ini.

“Kerahan tenaga ini dijalankan bagi mewujudakan keyakinan dan persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa pihak polis sentiasa berusaha keras menjaga keselamatan awam dan mencegah kejadian jenayah berlaku,” ujarnya.

Melalui operasi yang dilancarkan pada penghujung Mac itu, sebanyak 21 buah MPV dari IPD Shah Alam dan balai-balai sekitar bandaraya ini  bergabung menjalankan rondaan di kawasan yang berisioko berlaku jenayah.

Hasil daripada operasi yang telah dijalankan selama seminggu itu, sebanyak lima peratus daripada purata tinjauan 35 laporan jenayah berjaya diturunkan.

“Walaupun kadar jenayah di bandaraya ini masih di bawah kawalan, namun pihak kami masih perlu mengambil inisiatif bagi menjaga keselamatan penduduk,” tambah Shafien.

Selain daripada operasi ini, pasukan polis turut bekerjama dengan penduduk tempatan melalui program Community Policing bagi membincangkan tentang keselamatan tempat tinggal, kenali jiran dan tips-tips dalam mencegah jenayah pecah rumah.

Tambahnya, polis juga mengadakan lawatan ke sekolah dalam program seperti watikah pelantikan pengawas dan memberikan ceramah keselamatan kepada syarikat-syarikat di daerah ini.

Pasukan polis peronda bersiap sedia menjalankan rondaan

Pasukan polis peronda bersiap sedia menjalankan rondaan (Sumber gambar: Facebook IPD Shah Alam)

Artikel Berkaitan