5 amalan sihat ketika jerebu

Sumber: EZDiet

Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, punca-punca utama berlakunya jerebu adalah pembakaran secara terbuka, asap dari kilang, serta asap dari kenderaan.

Penduduk negara Malaysia sudah lali dengan jerebu kerana ianya merupakan sebuah ‘acara’ yang berlaku setiap tahun.

Namun begitu, ramai yang masih tidak peka tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan kesejahteraan kesihatan diri, keluarga dan rakan-rakan.

Berikut adalah 5 amalan sihat ketika jerebu:

1. Makan makanan segar

Sumber: Garden of Vegan

Anda seharusnya memakan makanan yang segar, khususnya yang terdapat Vitamin C, E dan asid lemak Omega-3 penuh dengan khasiat yang penting untuk menguatkan sistem imuniti anda. Antaranya adalah brokoli, avokado, bayam, dan ikan sardin. Sistem imuniti yang kuat boleh mengurangkan kecenderungan untuk ditimpa penyakit.

2. Kurangkan pendedahan kepada udara luar

Sumber: Daily Mail

Tutup tingkap anda dengan sepenuhnya apabila berada di rumah mahupun pejabat. Hal ini kerana hanya 10-15% partikel-partikel bahaya sahaja yang boleh menyusup masuk ke dalam bangunan tertutup.

3. Minum air!

Sumber: Can You Freeze

Sumber: Can You Freeze

Anda mungkin selalu mendengar dua perkataan di atas dari kecil lagi, dan memang sepatutnya, kerana ada sebab yang baik. Anda seharusnya minum 2 liter air setiap hari, untuk memastikan diri ada sentiasa terhidrat. Air juga diperlukan untuk mengepam keluar toksin diserap melalui kulit dan paru-paru.

4. Pastikan kualiti udara di dalam rumah/pejabat sentiasa bersih

how-to-buy-air-purifier

Sumber: Walmart

Jika bajet ada membolehkan, alat pembersih udara merupakan sebuah pelaburan yang sangat memanfaatkan kerana ia boleh menapis bahan pencemar yang terdapat diudara. Opsyen lain yang boleh digunakan ialah menggunakan kipas berdiri yang dibiarkan dalam mod ‘on’ dan berayun. Walaubagaimanpun, kipas itu hendaklah sentiasa dibersihkan.

5. Pakai topeng keselamatan

Sumber: Your Health

Topeng keselamatan atau ‘mask’ jika anda perlu keluar dari rumah atau pejabat. Topeng keselamatan N95 yang berkualiti tinggi boleh menapis partikel-partikel halus yang terapung di udara, sekaligus melindungi anda dari terkena bahaya asap jerebu.

– Dimensi

Artikel Berkaitan