Kegagalan komunikasi punca keruntuhan rumah tangga

Trend penceraian di usia muda yang kian meningkat saban tahun di negara ini amat membimbangkan ramai pihak.

Hasil kajian Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menunjukan seramai 92,678 pasangan di seluruh negara mendaftarkan penceraian masing-masing bagi tempoh 2012 – 2014.

Malahan ada antara mereka hanya berkahwin dalam tempoh kurang daripada lima tahun usia perkahwinan.

Kes remeh sering dikaitkan sebagai punca penceraian masa kini, namun pada hakikatnya kunci utama yang menjurus kepada permasalahan ini adalah komunikasi yang tidak berkesan di antara pasangan suami isteri.

Masalah Komunikasi Antara Pasangan

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Apabila pasangan suami isteri tidak berkomunikasi dengan baik, ia sekali gus mempengaruhi cara menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam perhubungan mereka.

Mengulas permasalahan ini, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam, Ustaz Mohd Yusra Abdullah, berkata hubungan seks mahupun hubungan intimasi ketika diranjang merupakan tuntuntan yang besar di dalam islam.

Seharusnya, saat-saat bersama pasangan dan sewaktu melakukan hubungan menjadi medium untuk berkomunikasi bersama pasangan.

Selain itu, melakukan sesi post-mortem selepas melakukan hubungan juga membantu untuk menyelesaikan masalah.

Sebagai contoh, masalah yang melibatkan hubungan di ranjang suami isteri, permasalahan timbul apabila pasangan tidak mencapai klimaks ketika melakukan hubungan intim, berasa tidak puas ataupun ketidakselesaan ketika berhubungan.

Ini merupakan masalah besar yang selalunya tidak diluahkan malah hanya dipendam sekian lama hanya untuk menjaga hati serta perasaan pasangan masing-masing.

Sekiranya permasalahan ini tidak di rawat ia akan menjadi bertambah rumit ibarat barah yang akan merebak setiap kali pasangan ingin melakukan hubungan intim, sehingga meranapkan sebuah institusi rumah tangga.

Kerana, apabila ketiakpuasan yang di pendam meletus maka hal-hal remeh seperti punggung menggerutu, suami tidak pandai melakukan hubungan seks ataupun saiz payudara isteri besar sebelah misalnya, akan kelihatan seperti suatu permasalahan besar yang menjadi titik tolak kepada penceraian,

“Masalah penceraian kerana hal remeh bukanlah faktor utama, faktor tersebut hanyalah alasan bagi memperbolehkan penceraian dilaksanakan, masalah utama yang patut diambil kira adalah berpunca daripada komunikasi berkesan antara pasangan dalam menyelesaikan apa jua permasalahan” jelas Yusra.

Yusra juga berpendapat, faktor-faktor remeh yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ini, adalah sangat tidak wajar disabitkan dengan faktor-faktor berikut.

Hal ini kerana, perkara-perkara tersebut bukanlah perkara yang sepatutnya boleh menjejaskan akal fikiran dan pertimbangan seseorang.

Cara Rasulullah s.a.w. melayani isteri

Dengan mencontohi cara yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w ketika melayani isteri -isteri baginda, ia juga mampu merapatkan jurang komunikasi antara pasangan.

Antaranya, bermanja dengan bersandar kepada isteri. Aisyah RA berkata: “Rasulullah s.a.w menyandarkan atau meletakkan kepalanya diatas ribaanku, padahal aku sedang datang bulan,” (HR.Muslim).

Adalah amat sesuai sekiranya membincangkan permasalahan yang dihadapi pada waktu-waktu santai begini sambil bergurau senda bersama pasangan, kerana permasalahan akan lebih mudah untuk diselesaikan serta kurang tekanan.

Seterusnya, bersuci atau mandi bersama isteri. Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa ketika malam hari Rasulullah berjalan bersamanya, beliau juga bercakap “sambil membersihkan badan” (HR.Bukhari).

Dalam hadis lain Aisyah menceritakan bahawa dirinya dan Rasulullah mandi dalam satu tempat dan bergantian menggunakan gayung, ketika mandi hadas bersama pasangan juga boleh membincangkan masalah sambil menikmati sesi membersihkan diri bersama-sama.

Cara-cara ini amat relevan bagi pasangan suami isteri dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga, Toleransi dapat dipupuk dengan adanya sifat faham memahami dan saling menghormati dalam menyelesaikan masalah.

Sekiranya suami isteri dapat bermuafakat sepanjang melayari bahtera perkahwinan, kes-kes remeh mahupun berat akan mampu ditangani dan mengelakan daripada berlakunya penceraian di dalam institusi kekeluargaan – Dimensi

Artikel Berkaitan