Sukan ‘roller blade’ jadi kegilaan

Gambaran menunjukkan peminat sukan ‘roller blade’ sedang menunjukkan ‘stunt’ masing-masing

Sukan ‘roller blade’ pernah menjadi fenomena sekitar tahun 90-an dahulu tetapi disebabkan kurang mendapat publisti media, ia mula tengelam dalam arus sukan ekstrem lain yang lebih menonjol.

Namun hari ini, sukan tersebut kembali menjadi kegilaan masyarakat pelbagai lapisan umur terutamanya golongan remaja yang menjadikannya sebagai aktiviti riadah pada waktu malam.

Di Shah Alam misalnya, tempat letak kenderaan mejadi lokasi tumpuan peminat sukan lasak itu yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti.

Bagi memudahkan pengunjung yang tidak mampu membeli set kasut roda tersebut, khidmat sewaan pada harga berpatutan disediakan.

Tinjauan wartawan Dimensi di sekitar kawasan letak kereta yang dinyatakan mendapati  kebanyakan remaja masih ligat beraksi walaupun jam sudah melewati pukul 11.30 malam.

Sebaliknya, mereka terus tekun mencuba skil baharu di dataran yang berkeluasan 200 meter persegi itu.

Fitri Marzuki ,22, peminat tegar sukan ‘roller blade’

Fitri Marzuki ,22, peminat tegar sukan ‘roller blade’

Seorang peminat sukan kasut roda, Fitri Marzuki, 22 berkata ramai orang menganggap bermain kasut roda adalah susah tetapi bagi dirinya sukan itu adalah mudah.

“Hanya sedikit keyakinan serta keberaniaan diperlukan untuk seseorang itu belajar sukan ini.

“Saya mengenali sukan ini daripada rakan-rakan dan kini ia menjadi kegilaan dan aktiviti riadah kami pada waktu malam,” ujarnya.

Selain itu katanya, dia dan rakannya juga sanggup menghabiskan masa bermain selama lima jam dan kadang kala ada yang sanggup mengorbankan masa tidur hanya untuk bermain kasut roda.

Sementara itu, ada juga segelintir peminat sukan lasak ini yang sanggup menghabiskan duit membeli kasut roda sendiri kerana pada mereka ia lebih mendatangkan kepuasan.

Kegilaan masyarakat terhadap aktiviti sukan ini juga mendapat perhatian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bersetuju mengosongkan kawasan letak kenderaan tersebut pada waktu malam pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bagi membolehkan orang ramai beriadah di situ.

Artikel Berkaitan