Stadium Shah Alam belum pulih sepenuhnya

Selangor telah menyewa Stadium Shah Alam daripada Majlis Bandaraya Shah Alam sejak tahun 1994. - Gambar fail

Juara Piala Malaysia, Selangor, terpaksa menunggu sedikit lagi untuk beraksi di Stadium Shah Alam gara-gara keadaan padang yang masih dalam proses pemulihan sepenuhnya.

The Red Giants dijadualkan bertemu Kedah di Shah Alam buat kali pertama sejak penambahbaikan dimulakan, namun Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berasakan perlawanan di hadapan venue berkapasiti 80,000 penonton itu perlu ditangguhkan sekurang-kurangnya buat satu minggu lagi.

Untuk rekod, Stadium Shah Alam ditutup untuk proses baik pulih sejak Disember tahun lepas. Selain pelaburan sebanyak RM200,000 untuk menanam ‘rumput lembu’ baharu, penambahan sistem pencahayaan lampu stadium daripada 1,200 lux ke 2,000 lux akan dilakukan.

Selangor telah menyewa Stadium Shah Alam daripada Majlis Bandaraya Shah Alam sejak tahun 1994.
Menurut pengurus pasukan, Amirudin Shari, Juara Piala Malaysia 2015 itu tidak mempunyai dana yang mencukup untuk memiliki stadium tersendiri.

Pertemuan Liga Super, 5 April ini antara Selangor dan Kedah akan dipindahkan ke Stadium Selayang.

 

Sumber: Astro Awani

RelatedPost