Polis cari saksi kemalangan maut

Motosikal yang ditunggang oleh mangsa. Sumber gambar: Sinar Harian

Polis IPD Shah Alam meminta saksi tragedi kemalangan yang mengakibatkan seorang warga Indonesia maut digesel lori kontena di KM 4.4 lebuh raya NKVE, Sabtu lepas, tampil membantu siasatan.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk membantu mencari lori kontena yang tidak pasti nombor pendaftarannya.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Basori, 39  yang menunggang motorsikal dengan nombor pendaftaran BLC 4186 dikatakan berhenti untuk berteduh di bawah jejambat berikutan cuaca hujan.

Bagaimanapun, dia telah diheret oleh sebuah kontena dari arah Klang ke Kuala Lumpur sejauh kira-kira lima meter selepas beg yang digalasnya tersangkut pada kenderaan tersebut sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Sabri Ayob di talian 012-944 9197.

 

Artikel Berkaitan