Medan selera Dataran Cendekia kotor

Nur Farah Afiqah Mohd Razali, 19

Tahap kebersihan medan selera Dataran Cendekia (DC), Universiti Teknologi Mara (UiTM), amat menjijikkan dan menggusarkan mahasiswa yang makan di situ.

Nur Saidatul Aqidah Md. Radzi, 19, berkata keadaan persekitaran di medan selera tersebut tidak teratur dan kotor, terutama apabila pelajar peringkat ijazah sedang bercuti.

“Air tumpah di atas meja dibiarkan hingga kering dan dihurung lalat, malah sampah sarap juga terbiar tak dibuang.

“Kadang-kadang, ketika makan disini terdapat tikus berkeliaran di bawah meja,” ujarnya lagi.

Medan selera Dataran Cendekia terletak di antara kolej-kolej kediaman pelajar menjadi tumpuan utama pelajar kampus itu untuk mendapatkan makanan.

Operator makanan di situ juga didakwa menjual semula lebihan makan yang tidak habis dijual.

Menurut Nur Farah Afiqah Razali, 19, pelajar tiada pilihan lain selain terpaksa membeli makanan di medan selera itu lebih-lebih lagi pelajar yang tiada kenderaan.

Sementara itu, pelajar Ijazah tahun dua, Muhammad Azali Abdul Razak, 22, berkata dia memilih untuk membeli makanan di luar kampus berbanding di DC.

“Makanan di DC agak berpatutan, tetapi disebabkan pilihan tidak banyak dan kebersihan kurang memuaskan, saya lebih memilih untuk beli di luar,” katanya.

Mereka turut menggesa pihak berkuasa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Shah Alam untuk mengambil tindakan undang-undung kepada peniaga makanan di medan selera Dataran Cendekia (DC) yang gagal mematuhi piawaian kebersihan – Dimensi News

Artikel Berkaitan